Kita telah mengetahui beberapa penipuan dan helah pemaju yang membina servis apartmen pada artikel 1.
Saya tidak kata service apartment tidak bagus, ada juga beberapa projek servis apartmen berjaya seperti “The Asscott” dan “Crown Regency”. Tetapi banggunan ini adalah salah satu rangkaian besar hotel-hotel ternama dan mempunyai kepakaran didalam pengurusan servis apartmen.
Berbalik pada 10 penipuan pemaju pada rumah apartmen berservis ini adalah;-
Yang keenam, di dalam perjanjian jual beli mungkin ada tercatat bahawa pemaju tidak dikehendaki menyediakan ruang letak kenderaan pada pembeli. Tetapi Jika anda berjumpa dengan mana-mana projek servis apartmen yang memberi anda dua ruang letak kereta percuma. Mungkin anda boleh mempertimbangkan lagi projek ini. Baca betul-betul perjanjian jual beli anda.
Ketujuh, oleh kerana hartanah jenis ini tidak dilindungi oleh mana-mana akta… pemaju juga bebas untuk menentukan tempoh atau tarikh penyerahan hartanah jenis ini. Pemaju juga mempunyai flesibiliti waktu untuk menyiapkan projek. Jika mereka rasa ingin siapkan segera, mereka boleh. Tetapi jika mereka ingin menangguhkannya, mereka juga mampu melakukannya. Jika dibandingkan dengan projek-projek kondominium, hartanah jenis ini lebih selamat kerana anda dilindungi Akta Perlindungan Pengguna 1999. Jika pemaju kondominium tidak dapat menyiapkan projek mengikut perjanjian (kebiasaan didalam 3 tahun), pemaju perlu membayar denda diatas kelewatan projek tersebut. Tetapi servis apartment? bergantung pada pemaju.
Kelapan. Tuntutan kerosakan jika berlaku masalah pada hartanah anda boleh ditukar atau disingkatkan kepada 12 bulan. Kebiasaanya, hartanah apartment atau kondominium biasa anda mempunyai masa sehingga 18 bulan untuk tempoh “liabiliti” dan boleh membuat tuntutan pada sebarang kerosakan. Tetapi servis apartmen? Pemaju boleh menukarnya pada bila-bila masa.
Kesembilan. Mungkin anda bernasib baik, jikalau pemaju dapat menyiapkan projek mereka. Persoalannya, apakah banggunan itu akan di urus dan diselenggara dengan baik? Yang pasti jika pemaju tidak dapat menjanjikan pengurusan hartanah yang baik setelah anda membelinya, berkemungkinan besar pelaburan anda kali ini akan mengalami kerugian dan penyusutan harga. Malah mungkin lebih rendah dari harga yang anda beli.
Kesepuluh, Tahukah anda? Apakah yang membuatkan pemaju mengambil jalan mudah membina rumah diatas tapak tanah komersial? Kebanyakkan tuan tanah di Kuala lumpur hendak mengekalkan dan menigkatkan nilai tanah mereka dengan mengalih status hartanah dari tanah kediaman atau pertanian kepada tanah komersial. Kerana tanah komersial lebih tinggi nilainya.
Oleh kerana pemaju-pemaju ini telah membeli hartanah yang berstatus kormersial, mereka tidak dapat menerbalikkan lagi status hartanah pada kediaman. Melainkan mereka membayar “premium” yang agak tinggi untuk mendapatkan status kediaman. Jadi untuk tidak memeningkan kepala, mereka dengan liciknya membina satu koloni diatas tanah komersial dan menamakannya servis apartmen. Lebih baik anda berhati-hati, tepuk dada tanya selera. Cara yang terbaik dapatkan pandangan kedua dengan peguam. Mungkin beliau dapat memberi cadangan yang terbaik untuk anda.
Artikel ini menerangkan secara ringkas perbezaan diantara servis apartmen dan kondominium.
Semoga berjaya pelabur semua.
No comments:
Post a Comment