Apartment berservis hari ini telah menjadi satu trend di kalangan pemaju baru. Hartanah jenis ini menyediakan saiz rumah yang berbeza dari 850 kaki persegi sehingglah ke 1500 kaki persegi. Nilai hartanah ini bergantung pada lokasi dan fasiliti yang disediakan.
Anda pernah mendengar tentang apartment servis fasiliti kondominium? Mungkin anda tertanya-tanya kenapa apartment servis? kenapa tidak terus sahaja gunakan kondominium? pelikkan? “Don’t you smell something fishy here”…
Jadi apakah bezanya? mengikut keadaan hartanah, layout plan dan harganya lebih kurang sama dengan beberapa jenis hartanah apartment lain. Yang menarik servis apartmen berfasiliti kondominium ini jauh lebih murah dari kondominium. Mungkin anda berpendapat bahawa… jika anda tidak dapat tinggal di kondominium tidak apa, tetapi jika ada fasiliti “Five star” seperti kondo cukup-lah. Persoanalnnya… adakah anda pasti anda akan dapat perkhidmatan lima bintang? fikirkan…
Mungkin ada tertarik dengan fasiliti yang disediakan tetapi harus diingat. Kerana isu apartment servis ini adalah isu lapuk yg memang susah untuk diselesaikan dan berhati-hati kerana banyak pemaju-pemaju yang memutarkan fakta dan meyembunyikan banyak benda untuk menarik anda membeli hartanah jenis ini.
Jadi apakah perbezaan utama apartment servis dan kondominium? Sebenarnya hartanah jenis ini BUKAN berstatus kediaman tetapi dek kerana status hartanah adalah kormersial pemaju tidak boleh meletakkan nama kondominium kerana kondominium terletak pada tanah berstatus kediaman. Dengan status hartanah yang pelik ini banyak pemaju akhir-akhir ini mengambil jalan mudah dengan membina sebuah servis apartmen.
Selain itu, untuk pengetahuan anda hartanah jenis ini tidak tertakluk pada akta Perumahan dibawah Kementerian Perumaham dan Kerajaan Tempatan. Yang lebih menarik sekali… sebenarnya tiada satu akta pun yang dapat melindungi anda sebagai pemilik hartanah ini. Anda hanya boleh berdoa dan terus berdoa agar semuanya berjalan seperti yang di katakan oleh pemaju.
kedua, sudah pasti apabila tiadanya akta. Hanya perjanjian jual beli diantara anda dan pemaju sahaja yang boleh diguna pakai. Tetapi apabila anda menggunakan peguam pemaju, sudah tentu segala perjanjian itu akan menyebelahi pemaju. Jadi apa yang anda dapat?
ketiga, Jika berlaku apa-apa masalah atau pertikaian antara anda dan pemaju, anda tidak boleh pula membawa perjanjian jual beli ini ke tribunal perumahan kerana perjanjian jual beli ini tidak “standard”. Jadi satu-satu jalan keluar hanyalah menerusi mahkamah. Sekali lagi anda mungkin tidak sedar, segala perjanjian itu disediakan oleh peguam pemaju. Anda tiada hak untuk membawa pemaju ke mahkamah.
keempat, Jika anda semak perjanijian atau SPA. Perjanjian jual beli dari pemaju berkemungkinan ada menyatakan yang “pembeli perlu membuat pembayaran didalam tempoh 14 hari dari notis bertulis permulaan kerja oleh pemaju”.
Perjanjian begini tidak mengikut jadual pembayaran biasa dibawah akta Perumahan. Anda mungkin berisiko tinggi untuk tertipu jika tiba-tiba pemaju memberhentikan projek dipertengahan jalan setelah menerima keseluruhan pembayaran. Nah! siapa yang rugi?
kelima, Kadar taksiran air dan elektrik adalah lebih tinggi dari kediaman biasa. Apartment berservis begini akan mengikut kadar taksiran kormersial dan ia mungkin terlalu tinggi pada anda. Jika kadar air pada kediaman RM0.57 sen setiap meter padu, apartment berservis diatas tanah kormersial berkemungkinan didalam kadar RM0.80 sen setiap meter padu.
Sebelum membeli hartanah jenis ini, saya nasihatkan anda lebih berhati hati.
Sambungan artikel 2
No comments:
Post a Comment