Pages

Sunday, September 7, 2014

Projek kediaman tidak terima kesan GST


Rakyat Malaysia yang merancang membeli rumah tahun depan selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 April tidak perlu bimbang dengan harga tinggi kerana pasaran hartanah akan dipantau dengan rapat bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat.
Pengarah eksekutif kanan Grant Thornton International Ltd Lorraine Parkin berkata pemaju perlu mematuhi sistem modal pasaran yang dilaksanakan oleh peserta dan pengawal selia dalam industri agar tidak mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan mereka.
“Dalam perniagaan pembangunan hartanah dan pembinaan, semua bekalan perkhidmatan pembinaan akan tertakluk kepada GST pada enam peratus dan semua bekalan hartanah komersil dan tanah juga sama.
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
“Pembangunan kediaman serta bangunan ibadat, tanah perkuburan dan tanah pertanian dikecualikan daripada GST,” katanya.
Parkin berkata demikian selepas taklimat mengenai “Peluang Hartanah dan Pembinaan bagi Pemaju Hartanah dan Kesan GST kepada Industri Hartanah Malaysia,” di sini, hari ini.
Perniagaan pembangunan hartanah dan pembinaan boleh menuntut semula semua GST yang dikenakan ke atas kos dalam menjalankan dan menjayakan perniagaan mereka, katanya.
Beliau berkata walaupun GST tidak akan dikenakan ke atas pembangunan kediaman, ia akan memberi kesan kepada kos membinanya dan ini mungkin disalurkan kepada harga hartanah.
Bagaimanapun, beliau berkata, projek pemaju hartanah mungkin tidak berjaya dari segi jualan sekiranya mereka meletakkan bayaran tambahan ke atas hartanah.
Sementara itu, Ketua Industri Global Real Estate and Construction and Tax Partner, Sian Sinclair, berkata jualan bagi pasaran hartanah Malaysia mungkin tinggi sebelum pelaksanaan GST tetapi akan perlahan selepasnya.
Ini adalah trend normal, katanya, sambil menambah Australia berdepan trend yang sama apabila GST 10 peratusnya diperkenalkan dahulu. – Bernama

No comments:

Post a Comment