Pages

Sunday, March 29, 2015

Steamed glutinous rice

Pulut Kukus Cantik Berkilat






 
Telah beberapa hari, saya asyik dok teringatkan raja segala buah iaitu buah durian. Rupanya bukan saya sahaja yang teringin nak makan durian tetapi Nellisa juga. Balik dari pejabat hari ini, saya terus mengukus pulut untuk dimakan dengan durian bersama santan yang diperah sendiri. Haai sejak pandai mengukus pulut ni, memang saya tak lagi menanak pulut. Bukan apa, tapi kerana pulut yang dikukus memang terhasil sangat cantik dan tidak berkerak. 

Jom ikut saya layan yang terlebih rajin ni kerana hari ini saya mengambil gambar langkah demi langkah yang diambil menggunakan handphone Boy kerana kamera kami masuk workshop....
 




Pulut Kukus
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Beras pulut
Secubit garam
2 helai daun pandan
1 sb minyak masak
Serbuk kunyit, jika mahu buat pulut kuning

Cara-cara:
Rendam pulut dalam 1/2 jam ke 2 jam sebelum dikukus. Selepas direndam, gaulkan dgn sedikit garam. Kepada yg nak buat pulut kuning, boleh taburkan serbuk kunyit dan gaulkan.

Masukkan beras pulut ke dalam periuk pengukus yang telah mendidih. Guntingkan daun pandan, jika suka. Kukus selama  15 ke 20 minit.


Angkat dan tuang ke dalam bekas. Renjis renjiskan air sedikit demi sedikit ke atas pulut sehingga pulut nampak kebasahan dan lembut. 






Tuang pula minyak masak ke atas pulut dan gaul rata. Kemudian masukkan semula pulut ini ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi selama 15-20 minit. Kalau pulut masih nampak keras, renjiskan sedikit lagi air.





Angkat dan sedia dihidangkan. Pulut akan menjadi sedap, lembut dan cantik. Bolehlah dimakan sebagai pulut durian, pulut pagi atau apa apa yang disukai.




http://aziejaya.blogspot.com/2012/11/pulut-kukus-cantik-berkilat.html

No comments:

Post a Comment