Pages

Tuesday, January 8, 2013

KAEDAH PENYELIDIKAN KAJIAN

http://www.hbp.usm.my/PlanningStudio206/GrpTwo/kaedah_penyelidikan_kajian.htm


KAEDAH  MENGUMPUL MAKLUMAT-MAKLUMAT
      Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam projek studio pada kali ini. Pelbagai kaedah ini adalah untuk memastikan maklumat yang diperolehi adalah betul dan tepat. Kaedah tersebut ialah perbincangan kumpulan, pemerhatian, temubual, bancian, menyediakan borang soal selidik, fotografi dan beberapa bahan rujukan.
   Pemerhatian
     Kaedah ini dijalankan secara langsung bersama-sama ahli kumpulan yang lain.  Kaedah ini jelas sekali digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian.  Kaedah ini digunakan adalah untuk memastikan kawasan yang dikaji menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh kumpulan kami.
   Temubual
   Kaedah ini melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal.  Kaedah secara formal melibatkan seorang pensyarah undang-undang dan seorang ahli dewan undangan.  Temubual ini menyentuh mengenai maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang kami kaji.  Manakala temubual secara tidak formal pula berdasarkan temubual orang persendirian dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
    Perbincangan kumpulan
    Berdasarkan tajuk kajian yang hendak dijalankan, perbincangan kumpulan amat penting. Ini kerana semasa perbincangan dijalankan, maklumat-maklumat yang telah diperolehi dari ahli kumpulan akan ditelitikan seterusnya dibincangkan bersama-sama.  Selain daripada itu juga,  idea-idea daripada ahli kumpulan dapat diketahui.  Perbincangan ini adalah asas daripada kaedah dalam penyelidikan kajian ini.  Dengan mengadakan perbincangan, kata sepakat telah diperolehi dan kami telah memilih tajuk serta lokasi kajian.
    Soal Selidik
    Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul.  Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan.  Kami telah mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang kami kaji.  Borang itu akan kami edarkan secara rawak kepada penduduk di kawasan kajian.  Maklumat yang kami inginkan datang daripada borang soal selidik ini.
    Bahan -bahan rujukan
    Bahan rujukan utama yang kami perolehi daripada pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).  Maklumat yang kami dapati ialah seperti peta, kegunaan bangunan seperti jenis dan keadaan fizikal bangunan tersebut, berkenaan dengan akta kawalan sewa dan pernansuhan akta ini , zon dan beberapa maklumat lain lagi.  Kami juga membuat rujukan daripada Rancangan Struktur bagi Pulau Pinang.  Bahan bacaan lain yang kami membuat rujukan ialah surat khabar, buku-buku dan majalah -majalah.  

No comments:

Post a Comment